Sunday, February 12, 2006

Menulis: Membuka Minda Cara Kawalan Jauh

Alhamdulillah, blog ini berhasil dimulakan atas hajat besar menulis yang sejak dulu sudah dipraktikkan semasa menuntut di universiti. Cuma dulu semuanya di kertas, tanpa kemudahan dan kecanggihan internet.

Nyata sekali penulis-penulis Islami masakini mempunyai tanggungjawab besar menyampaikan mesej Islam dan membuka minda sesiapa sahaja yang berupaya membaca. Masakan tidak! Kalau dulu Islam mampu merajai dua pertiga dunia dengan hanya utusan, kuda dan pelepah-pelepah kurma bertulis ke serata dunia; maka kini, jangkauan ke seluruh pelusuk alam melalui internet tidak lagi memberikan alasan kepada mana-mana penulis Islami untuk melarikan diri dari tanggung-jawabnya menyingkap rahsia mutiara Islam di mata dunia.

Manusia umumnya dan sekelian muslim khasnya memerlukan sinar panduan dalam dunia yang gelap dan bercelaru kini. Ayuh! Ayuh teruskan usaha ini. Berjihadlah dengan PC dan masa anda, wahai penulis-penulis Islami!